INFAQ SUQYA - SANTUNI JEMAAH MALAYSIA DI TANAH SUCI MELALUI MINUMAN PERCUMA

JOM SEDIAKAN 100,000 MINUMAN BUAT TETAMU ALLAH DI TANAH SUCI






 

Seteguk air yang anda infaqkan boleh menjadi penyegar buat mereka, memberi tenaga untuk terus beribadah

 

Bayangkan ibu dan ayah kita, berjalan dalam lautan jemaah di bawah matahari yang membakar. Peluh membasahi wajah, tekak pula kering menahan dahaga. Namun mereka tetap cekal, meneruskan perjalanan suci ini demi menyempurnakan rukun Islam yang kelima. 

Bagaimana jika mereka kehausan, dan tiada air untuk menyegarkan tubuh mereka? 

Sebagaimana kita ingin ibu bapa kita dijaga dan diberi kemudahan, begitulah juga kita boleh membantu para jemaah lain yang sedang berjuang di sana.

 



Dugaan di Tanah Suci: Perjalanan yang Menguji Keimanan dan Kesabaran

 

Suhu di Mekah boleh mencecah 50°C membuatkan jemaah keletihan akibat dehidrasi dan kehausan yang melampau. Warga emas, ibu bapa yang membawa anak, dan mereka yang uzur menghadapi kesukaran mencari air minum yang sejuk dan menyegarkan.


Kadang kala air hanya boleh didapati setelah berjalan lebih daripada 2km mencabar daya tahan mereka yang lemah.

 

 



SUQYA @ Road2Haramain: Setitis Air, Selautan Pahala


Mengingati betapa pentingnya air bagi jemaah Malaysia, projek Infaq Minuman ini diwujudkan untuk menyediakan mesin minuman percuma kepada jemaah. Terdapat pelbagai variasi minuman dengan citarasa jemaah dari Malaysia seperti teh tarik, coklat, kopi, dan banyak lagi.

Mesin layandiri ini akan diletakkan di lokasi strategik seperti penginapan jemaah atau kawasan tumpuan bagi memastikan mereka mudah mendapatkan pelbagai air minuman pada bila-bila masa.

Sempena Ramadan yang mulia ini, kami ingin menjemput anda menyantuni tetamu Allah di Mekah dengan memberi minuman percuma kepada Jemaah Malaysia di Tanah Suci Mekah. 

 



Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) & Hadiyah Makkah dengan kerjasama Coffee Star akan melaksanakan projek Suqya @ Road2Haramain untuk memberi kemudahan minuman buat bakal jemaah Haji 2025.




Mengapa Suqya ini penting?

 

✅ Membantu jemaah Malaysia - yang sedang beribadah dengan memberi minuman yang menyegarkan di Tanah Suci

✅ Doa khusus di Mekah - setiap titisan minuman yang mereka nikmati, mereka mendoakan kesejahteraan dan keberkatan untuk para penyumbang

✅ Pahala berterusan - ganjaran pahala tanpa henti kerana akan dimanfaatkan walaupun setelah musim Haji 

 

Alangkah gembiranya tetamu Allah ini nanti, kerana ada insan berhati mulia seperti anda memberi minuman yang menyegarkan tanpa sebarang bayaran.


Dengan hanya RM10, RM50, atau RM1000 anda telah membantu seorang jemaah meneruskan perjalanan ibadah mereka dengan lebih selesa. Berinfaqlah hari ini, mudah-mudahan berganda rezeki kita dapat menjejakkan kaki ke sana.


 

Bagaimana nak infaq?

 


Kami memerlukan 1000 insan berhati mulia seperti ANDA untuk berinfaq hanya serendah RM10 hari ini untuk memudahkan tetamu Allah beribadah dengan lebih khusyuk.

 

Setiap titisan air yang diminum oleh jemaah akan menjadi sumber pahala yang berpanjangan untuk para penyumbang. Bukan hanya ketika musim Haji, tetapi setiap hari, sepanjang tahun selagi mesin ini beroperasi, selagi itu saham akhirat anda sentiasa mengalir.

 
Sila KLIK pada borang di bawah untuk menyumbang. 



Suqya Haramain